Pages

Thursday 5 August 2010

KOMSAS

Plot
Plot ialah susunan peristiwa yang ditulis oleh pengarang berdasarkan sebab dan akibat.
Rentetan peristiwa yang bersebab dan dijalin melibatkan konflik yang akhirnya menemukan peleraian.


Jenis-jenis Plot
1. Kronologi
Paparan cerita secara berurutan.
Peristiwa yang awal didahulukan, manakala peristiwa yang kemudian dikemudiankan.


2. Tidak kronologi
Peristiwa-peristiwa yang berlaku tidak mengikut urutan waktu.
Peristiwa yang berlaku kemudian dipaparkan pada bahagian awal.
Banyak menggunakan teknik imbas kembali atau imbas muka.

Binaan Plot Timulak Kapal Perang

Jenis plot
Plot novel Timulak Kapal Perang disusun secara kronologi

PermulaanPengarang memperkenalkan watak Andayu dan rakan-rakannya seperti Halipan, Suri, Sirah, Unong, dan Tiah. Mereka menyertai pasukan sukarelawan menentang Inggeris yang diketuai oleh Paduka Mat Salleh. Mereka turut berlatih silat di tempat sulit.

Perkembangan
Keharmonian daerah Inanam tergugat apabila Inggeris mencampuri urusan kutipan cukai di Sungai Sugut. Penagkapan Pak Cik Tidung dan rakan-rakanya menimbulkan kemarahan penduduk tempatan. Cubaan pengikut Paduka Mat Salleh menyelamatkan Pak Cik Tidung di Pulau Gaya mencentuskan pertempuran dan berakhir dengan kemenangan. Mereka dapat menawan kota Inggeris di Pulau Gaya walaupun kekurangan senjata.

Klimaks
Inggeris menyimpan dendam akibat kekalahan mereka di Pulau Gaya. Paduka Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya mendirikan kubu pertahanan di lereng Gunung Kinabalu setelah kampung mereka dibakar oleh Inggeris. Namun Inggeris sekali lagi menyerang mereka. Dalam pertempuran itu, pasukan Paduka Mat Salleh beroleh kemenangan sekali lagi. Malangnya Pak Cik Tidung terbunuh semasa bertarung dengan pegawai Inggeris bernama Jones.

Peleraian
Walaupun pasukan Paduka Mat Salleh telah menang dalam pertempuran di lereng Gunung Kinabalu, namun mereka mengambil keputusan untuk berundur dari kubu pertahanan itu. Tujuannya adalah untuk melengkapkan diri dan menajamkan ilmu mempertahankan diri lagi untuk kembali berjuang.